Mudah dipadankan untuk umrah, raya atau majlis bersama keluarga.
Tidak jarang, tidak melekat, sesuai untuk ibadah & harian.
Setiap pembelian terpilih menerima Car Perfume eksklusif DHijrah
Nikmati hadiah istimewa terpilih sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan setia.
Farah Cie Exclusive membawakan koleksi jubah dan tudung wanita yang direka khas untuk perjalanan umrah dan ibadah, menggabungkan keanggunan, kesopanan dan keselesaan dalam setiap helaian.
Sejak diperkenalkan, setiap rekaan dihasilkan dengan teliti bagi memastikan ia sesuai dipakai sepanjang ibadah, tawaf, sa’i dan juga untuk kegunaan harian.
Di Farah Cie Exclusive, kami mengutamakan fabrik berkualiti, potongan sopan dan jahitan kemas yang memberi keselesaan optimum walaupun dipakai dalam tempoh yang lama. Hasilnya, setiap wanita yang memakainya tampil lebih yakin, tenang dan berseri dalam perjalanan menuju ke Tanah Suci.
Kerana umrah bukan sekadar perjalanan, ia adalah ibadah yang sempurna apabila ditemani pakaian yang menjaga adab dan keindahannya.
Jubah berseluar direka untuk wanita aktif yang mahukan keselesaan dan sopan.
Jubah sesuai untuk ibadah, majlis dan kegunaan harian dengan penuh keanggunan.
tudung labuh menutup aurat sempurna, mudah digayakan sepanjang hari.







